Malcolm MacDonald
Malcolm MacDonald

Malcolm MacDonald

Malcolm John MacDonald (17 Ogos 1901 – 11 Januari 1981) merupakan seorang ahli politik dan diplomat United Kingdom.MacDonald ialah anak lelaki kepada bekas Perdana Menteri Britain, Ramsay MacDonald. Beliau menghabiskan pelajarannya di The Queen's College dan menjadi ahli parlimen Britain melalui Parti Buruh, tetapi pada tahun 1931, beliau mengikuti jejak ayahnya bergabung dengan Pemerintahan Kebangsaan, dan keluar dari Parti Buruh.Pada Disember 1946, beliau berkahwin dengan Audrey Marjorie Fellowes Rowley, seorang janda ketenteraan Kanada yang beranak dua.[1] Mereka mempunyai seorang anak perempuan bernama Fiona (dengan Bob McElwain). Audrey meninggal dunia di Ottawa pada 9 Mei 2015 pada usia 99 tahun, tiga minggu sebelum ulang tahun kelahirannya yang ke-100.[2][3]MacDonald juga ialah pengumpul seni yang produktif dari pelbagai genre, terutamanya koleksi seramik Cina, menjangkau lebih daripada 500 keping dengan kronologi dari tahun 2000 SM hingga sekitar tahun 1940 M. Koleksinya kini dibahagi dan ditempatkan di Muzium Oriental Universiti Durham, Muzium Seni Asia di Universiti Malaya di Kuala Lumpur, dan Muzium Universiti Nasional Singapura. [4]

Malcolm MacDonald

Lahir Malcolm John MacDonald
(1901-08-17)17 Ogos 1901
Lossiemouth, Moray, Scotland
Raja Elizabeth II
Didahului oleh Sir Eric Griffith-Jones (Pelaksana tugas)
Kerakyatan United Kingdom
Ibu bapa
Alma mater The Queen's College, Oxford
Digantikan oleh Dirinya sendiri (sebagai Gabenor-Jeneral)
Pasangan Audrey Marjorie Fellowes Rowley (k. 1946)
Parti politik Parti Buruh Inggeris
Pertubuhan Buruh Kebangsaan
Anak-anak 3 (2 adopsi)
Meninggal dunia 11 Januari 1981(1981-01-11) (umur 79)
Maidstone, Kent, United Kingdom
Saudara Ishbel MacDonald (saudari)
Perdana Menteri Jomo Kenyatta